Khamis, 30 Disember 2010

Lupakan sebentar...mari raikan.....

Jum kita raikan.....

Kemenangan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia....atas kejayaan menjuarai Piala AFF Suzuki Cup 2010.......Off topic sat utk post kali ni....hehehe......

Tahniah pada semua yang menjayakannya!!!!!!!!

Rabu, 22 Disember 2010

kenape ek?

Kenape ESPKB pakai port 5003 ek?? kenapa kene set kat proxy browser tu? kalau tak set tak bleh ke?? sila jawab Akmal!

Ahad, 19 Disember 2010

password??

Password tu penting.....so sentiasa ingat pepatah omputih ni......

"Ur password is like ur underwear; U change it regularly, u never show it to people, and u don't share it!..."

hehe....

Khamis, 16 Disember 2010

explorer.exe lagi...

problem same lagi datang kat aku...

explorer.exe tak auto start masa boot pc, masalah ni dah ada pada post aku yang lepas.

Masalah : desktop tak keluar apa2, kosong. Service explorer.exe tidak start. kena manual start.

Penyelesaian : pc yang terkena masalah ni mmng dah kena virus, dah cleankan virus dulu, tp registry dah kopak. So ni masalah virus tu buat changes kat registry, kacau explorer.exe. Kredit aku bagi pada En Shahizal (technician teknikal) sebab dia yang ajor aku cara ni.

i) bukak regisry
- start > run > regedit

ii) cari explorer.exe
- HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon,

iii) rename data utk shell kepada explorer.exe kerana biasanya virus akan mengubah data ini.

Ahad, 5 Disember 2010

Kejap ada...kejap takdak...

ni apehal lak kejap ada kejap takdak ni?? mcm biskut la plak.....


ni masalah network, kejap connect, pastu disconnect, pastu connect balik, pastu disconnect balik....mcm tu la....mmng tak dapat internet la.

Untuk peringatan aku ye, network kat situ guna Gigabit Ethernet, bermakna kelajuan dalam LAN adalah 1 Gbps. Jadinya masalah ni berlaku kalau ada infra yang tak dapat nak support kelajuan Gigabit. Selalunya ada 2 keadaan yang selalu mengakibatkan masalah ni jadi....

i) Cable network yang digunakan tidak dapat menampung kelajuan Gigabit. Cable requirement untuk Gigabit environment adalah RJ45 UTP CAT5e Cable dan keatas. Untuk mendapat kesan yang paling baik, disarankan menggunakan UTP CAT6 Cable. Jika masih terdapat user yang menggunakan CAT5 Cable, masalah sedemikian akan berlaku. Tetapi tak semua akan jadi masalah sebegini. Beza antara UTP Cable CAT 5/CAT5e/CAT6 akan diterangkan pada post yang akan datang -(kalau ada...ada la....)

ii) Network Card (NIC) yang tidak support 100/1000Mbps. Masalah ini pulak akan mengakibatkan simptom2 seperti di atas berlaku, ada juga yang tak dapat terus (disconnected).

Jadinya, kalau ada masalah yang simptom2 seperti di atas tu, blehla checkkan 2 benda ni.....


erk...formal plak ayat aku guna kali ni...hehehe

Isnin, 29 November 2010

Shake ur body!!

mai tgk teknologi gaming yang terkini......



rase2 kalau banyak duit tu, boring2 dok umah bleh la beli menatang ni....

Rabu, 24 November 2010

Check Computer Name



Ni cara nak check computer name sendiri....

selalunya aku akan mintak user check computer name atau IP Address computer user yang bermasalah tu bagi aku senang untuk membuat simple troubleshooting...cara-caranya seperti di bawah:

1. tekan butang Start > right click pada Computer > pilih pada Properties




2. Maklumat berkaitan sistem computer akan terpapar.


Computer name tercatat dalam Computer name, domain, and workgroup settings.

Isnin, 22 November 2010

Tertipu..

Sian kat Syikin...JTK baru yang dok ikut aku buat keje....

Masalah : Takdak Internet...semalam depa dok tukar carpet...abis ilang terus internet akak ni.....(dialog mangsa)

Troubleshooting : check signal cable RJ45, ada connection yang silang. Tukar kepala RJ45, cream balik 2 - 2 kepala tp tak bleh jugak...rupanya bila check balik cable bawah carpet baru tu, dah putus, tp disambung pakai pelekat tape yang bese tuh, sambung lak tak ikut kaler! ni bro2 yang tukar karpet tu lah punya kerja....jenuh la si Syikin dok ptong pastu buat balik kepala RJ45 tuh....hehehe

Penyelesaian : Tukar cable baru, buat cable baru pakai CAT6 punya kepala! hahaha....settle!

Sabtu, 20 November 2010

Server oh server....

minggu ni minggu server...

first setup server POC dah tak cukup 'spec' nya plak....kene setup server lain...3 ari setup server tu siap install and update OS suma. Belajar setup Microsoft SQL Server. Pehtu ari jumaat datang plak server tak bleh on, takdak display.

Masalah : Server tak kuar display, bukan setakat display OS, display DOS pon takdak! totally blank!

Troubleshoot : Try cabut RAM, cabut Processor. Masih takda display apa2. Reset CMOS pon takda pape perubahan (CMOS direset oleh en Eijal Shahizal).

Penyelesaian (sementara) : Cabut Harddisk, pasang kat CPU baru, install OS Windows 2003, n mntak Admin server tu setup balik config server tu. Isnin ni up balik. (Temp solution)

server pakai SATA HD, swap kat PC ja....server pakai SATA takdak....

Jumaat, 19 November 2010

Akhirnya!

Masalah Control Panel untuk Vista dah settle!

baca dalam forum, ada mcm2 cadangan dan macam2 cara boleh try. Penyelesaiannya yang paling simple adalah update Service Pack OS Vista!

download SP1 dan SP2 for Vista di sini , install dan bila selesai problem tu dah settle, control panel dah boleh bukak.

Isnin, 15 November 2010

ESPKB lagi?

aku kene masalah espkb lagi.....

Masalah : masalah tu same sebijik macam post yang sebelum ni....

Troubleshoot : same jugak troubleshoot macam ari tuh....

Penyelesaian : pon same kene call pakar! TQ en Akmal...cuma masalahnya pasai kad dah expired...hahaha...siot tul lah! TQ ek CC!

- punya lama aku troubleshoot last2 Akmal suh check expired date smart card tu...memang expired ari ni pon!

Ahad, 14 November 2010

Windows 7 Phone

Samsung Omnia 7, sape2 yang suka pakai Windows OS bleh la beli Handphone ni.....

Sabtu, 13 November 2010

Tak buat ape2 pon...dah ok!

semalam, ada problem espkb..

Masalah : espkb tak boleh nak access

Troubleshoot : untuk espkb boleh pakai, mesti install driver smart card reader dan iVest. security setting local pada internet explorer disetkan enable active-x. espkb menggunakan secure port localhost 5003 pada proxy setting di internet explorer. Semua mende dah ok, tp tak bleh gak access espkb.

Penyelesaian : Panggil pakar! - En Akmal dari bahagian AK, datang dengan aura akauntan, klik2 pastu ok dah...leh masuk.....pelik!

hehehe....slalu la jd mcm ni...kalau user panggil ja ckp prob mcm2, tp bila dah pergi terus ok ja...tak buat ape2 pon...aura juruteknik tu kuat kot!

Rabu, 10 November 2010

masih mencari...

hari ni aku kene lagi masalah yang same..

masalah control panel tak bleh nak bukak, click ja windows control panel tu tutup balik...
masih mencari jalan penyelesaian......aku masih berfikir seperti biasa, mencari cara penyelesaian tanpa memformat (last solution for computer problem). Kalau ada sape2 yang tahu penyelesaiannya, sila kongsikan.....

masih berharap pada dr. google.......

Rabu, 27 Oktober 2010

Tikus....

Tikus2 terbaru yang dihasilkan yang belom terdapat dipasaran......

Ahad, 24 Oktober 2010

Jangan beli laptop HP.......



Jangan beli laptop HP dah....

Pakai baru setaun dah jahanam, elok2 warranty abis. Pada yang nak beli laptop HP, anda dinasihatkan berhati-hati dan bersedia menghadapi kerugiannya.....aku dah pakai laptop jenama HP model TX1000, dan sekarang satu dunia pengguna yang pakai laptop yang sama menghadapi masalah yang sama, syarikat HP pula tak mahu bertanggung jawab. Kalau sape yang dah beli, dah masih ok lagi...baik backup suma fail anda....lebih lanjut pasai masalah HP boleh klik di sini.

aku dah serik..........

Sabtu, 23 Oktober 2010

Kenape makcik takleh bukak file word ni???

User : Kenape makcik tak leh nak bukak word yang bos anta dari email ni Man??
Saya : aih?? tak bleh??
User : haah...dah download dah filenye..tp tak bleh bukak...
Saya : mane failnya...bior saye tgk....(makcik tu pun bukak MS Outlook), oooOOOooo....ptut la tak bley bukak......

Fail MS Word 2007 tidak boleh dibuka/dibaca menggunakan MS Word 2003, konsep yang sama untuk semua benda baru...iaitu kalau benda yang baru, tak boleh digunakan pada benda lama, tp kalau benda lama boleh digunakan di benda yang baru...contohnya mcm game console Play Station, game untuk PS1 boleh dimainkan pada PS2 tetapi game PS2 tak boleh dimain kat PS1! tapi bagi kes Microsoft Office 2003 ni, boleh bukak tetapi kene install patch untuknya membaca fail yang baru (Microsoft Office 2007).

Masalah : Fail MS Word tak bleh bukak, sebabnya fail word tu .docx, fail MS Word 2007 tp tak bleh nak bukak pakai MS Word 2003.

Penyelesaian : Untuk MS Word 2003 membuka/membaca/edit fail MS Word 2007, perlu install patch yang dikeluarkan oleh microsoft, iaitu Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint File Formats, boleh download dari sini.

Khamis, 14 Oktober 2010

Jangan....


Salam...

aku nak ingatkan supaya jika kite tengah melayari internet dan tibe-tibe keluar pop-up amaran yg mengatakan pc tu dah dikesan dijangkiti virus....dan pop-up tu pulak bukan dari antivirus yang ada dalam tu..dan pop-up tu mintak plak klik pada button untuk scan pc anda.......hati2 dan jangan terpengaruh...sebab tu la malware!!! bila klik ja, malware tu akan install programnya, dan scan pc tu, lepas scan, dah jumpa virus2 tu, bila nak cleankan pc tu..kene beli plak lesen program tu..dah dah lekat la program tu kat pc tu...maka tiap2 kali on pc maka keluarlah amaran virus tu....nak buang program tu plak tak bleh, nama dia slalu pakai Antivirus 2008/Antivirus 2009/ Antivirus Doctor 2009...so...ingat lah yer!!


Ni la rupanya Antivirus 2008 tu...jangan terpedaya!!

Jumaat, 24 September 2010

Explorer.exe cannot load

Kelmarin plak aku penin....

Sebab aku dapat report kate Outlook tak dapat nak bace....alih2 aku g tgk kat tempat user dia kate icon desktop suma hilang.......

OS : Windows XP

Masalah : Microsoft Outlook tak dapat baca...

Troubleshoot : Aku try bukak Task Manager dan startkan balik explorer.exe, selalunya kalau masalah mcm ni jadi pada pc OS Vista....dan lepas aku startkan balik explorer.exe tu dah ok, dekstop suma dah kuar.....tp ni tak bleh. Lepas explorer.exe up, kuar error, explorer.exe has been terminated....

sedikit maklumat - explorer.exe tu adalah proses yang digunakan oleh OS untuk user menggunakan desktop, taskbar, start menu, dan sebagainye.....proses ni takla kritikal, boleh di stopkan dan restartkan tanpa ada effect pada operasi OS, cuma kalau dah stop, desktop akan kosong....tak kuar ape2...

Aku dah cuba startkan proses tu dalam save mode, administrator account dan guna system restore...masih tak jalan....

Penyelesaian : Format dan Install OS balik...hhehehehe...abis citer...

p/s : kalau sape2 ada jalan penyelesaian lagi baik...silalah sharekan yer.....

Masalah Control Panel page Tak bleh bukak

Hari ni aku pening....

Sebab aku g kat pc user, reportnya printer takleh nak print, print config error, tp bila aku check dah jd mende lain...masalahnya nak bukak printer page pon tak jumpe!

OS : Windows Vista (banyak prob yang tah hape2)

Masalah : tak bley nak print!

Troubleshoot: Sambung balik, rupanya bukan printer page je tak bleh bukak, printer management pon ada error. Try bukak control panel, dia tutup balik. Ni tak lain masalah Vista yang tah hape2 ni!!

Penyelesaian : Restore OS using System Restore ke masa sebelum masalah berlaku.....settle!

Rabu, 13 Januari 2010

PC tak boleh boot

Masalah :

Start
pc je OS tak boot, blank screen.


Sebab :

Diskett ada dalam floppy drive waktu nak start pc, sebabnya jadi mcm tu bila configuration dalam CMOS untuk main board disetkan untuk boot dari floppy A:. Bila disket yang bukan untuk boot OS dimasukkan (unbootable diskett), maka jadi la skin itam sambil palang tulisan kelip2...


Penyelesaiyannya :

Keluarkan diskett dari floppy a: ketika start pc.

Isnin, 4 Januari 2010

"Cannot Open Outlook"


Masalah :

Bila buka MS Outlook, windows Outlook tutup dengan sendiri dan pop up error message -
"Cannot start Microsoft Office Outlook. Cannot open the Outlook window." seperti gambar di atas. Masalah tetap sama bila cuba tuk repair, uninstall dan install balik MS Office, malah message same jugak kuar bila cuba bukak Outlook dalam 'save mode' (Click CTRL to open Outlook in safe mode).


Sebab :
Masalah ni berkaitan dengan Outlook navigation panel dimana Outlook navigation panel tu tak bleh start dan banyak perkara yang menyebabkan Outlook navigation panel ni gagal nak start...salah satunya sebab improper shutdown of Outlook.


Penyelesaiannya :

Bukak start menu, click Run, dalam kotak run tu, taip Outlook.exe /resetnavpane, dan sepatutnya outlook akan dapat dibuka tanpa masalah.