Rabu, 27 Oktober 2010

Tikus....

Tikus2 terbaru yang dihasilkan yang belom terdapat dipasaran......

Ahad, 24 Oktober 2010

Jangan beli laptop HP.......



Jangan beli laptop HP dah....

Pakai baru setaun dah jahanam, elok2 warranty abis. Pada yang nak beli laptop HP, anda dinasihatkan berhati-hati dan bersedia menghadapi kerugiannya.....aku dah pakai laptop jenama HP model TX1000, dan sekarang satu dunia pengguna yang pakai laptop yang sama menghadapi masalah yang sama, syarikat HP pula tak mahu bertanggung jawab. Kalau sape yang dah beli, dah masih ok lagi...baik backup suma fail anda....lebih lanjut pasai masalah HP boleh klik di sini.

aku dah serik..........

Sabtu, 23 Oktober 2010

Kenape makcik takleh bukak file word ni???

User : Kenape makcik tak leh nak bukak word yang bos anta dari email ni Man??
Saya : aih?? tak bleh??
User : haah...dah download dah filenye..tp tak bleh bukak...
Saya : mane failnya...bior saye tgk....(makcik tu pun bukak MS Outlook), oooOOOooo....ptut la tak bley bukak......

Fail MS Word 2007 tidak boleh dibuka/dibaca menggunakan MS Word 2003, konsep yang sama untuk semua benda baru...iaitu kalau benda yang baru, tak boleh digunakan pada benda lama, tp kalau benda lama boleh digunakan di benda yang baru...contohnya mcm game console Play Station, game untuk PS1 boleh dimainkan pada PS2 tetapi game PS2 tak boleh dimain kat PS1! tapi bagi kes Microsoft Office 2003 ni, boleh bukak tetapi kene install patch untuknya membaca fail yang baru (Microsoft Office 2007).

Masalah : Fail MS Word tak bleh bukak, sebabnya fail word tu .docx, fail MS Word 2007 tp tak bleh nak bukak pakai MS Word 2003.

Penyelesaian : Untuk MS Word 2003 membuka/membaca/edit fail MS Word 2007, perlu install patch yang dikeluarkan oleh microsoft, iaitu Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint File Formats, boleh download dari sini.

Khamis, 14 Oktober 2010

Jangan....


Salam...

aku nak ingatkan supaya jika kite tengah melayari internet dan tibe-tibe keluar pop-up amaran yg mengatakan pc tu dah dikesan dijangkiti virus....dan pop-up tu pulak bukan dari antivirus yang ada dalam tu..dan pop-up tu mintak plak klik pada button untuk scan pc anda.......hati2 dan jangan terpengaruh...sebab tu la malware!!! bila klik ja, malware tu akan install programnya, dan scan pc tu, lepas scan, dah jumpa virus2 tu, bila nak cleankan pc tu..kene beli plak lesen program tu..dah dah lekat la program tu kat pc tu...maka tiap2 kali on pc maka keluarlah amaran virus tu....nak buang program tu plak tak bleh, nama dia slalu pakai Antivirus 2008/Antivirus 2009/ Antivirus Doctor 2009...so...ingat lah yer!!


Ni la rupanya Antivirus 2008 tu...jangan terpedaya!!