Rabu, 13 Januari 2010

PC tak boleh boot

Masalah :

Start
pc je OS tak boot, blank screen.


Sebab :

Diskett ada dalam floppy drive waktu nak start pc, sebabnya jadi mcm tu bila configuration dalam CMOS untuk main board disetkan untuk boot dari floppy A:. Bila disket yang bukan untuk boot OS dimasukkan (unbootable diskett), maka jadi la skin itam sambil palang tulisan kelip2...


Penyelesaiyannya :

Keluarkan diskett dari floppy a: ketika start pc.

Isnin, 4 Januari 2010

"Cannot Open Outlook"


Masalah :

Bila buka MS Outlook, windows Outlook tutup dengan sendiri dan pop up error message -
"Cannot start Microsoft Office Outlook. Cannot open the Outlook window." seperti gambar di atas. Masalah tetap sama bila cuba tuk repair, uninstall dan install balik MS Office, malah message same jugak kuar bila cuba bukak Outlook dalam 'save mode' (Click CTRL to open Outlook in safe mode).


Sebab :
Masalah ni berkaitan dengan Outlook navigation panel dimana Outlook navigation panel tu tak bleh start dan banyak perkara yang menyebabkan Outlook navigation panel ni gagal nak start...salah satunya sebab improper shutdown of Outlook.


Penyelesaiannya :

Bukak start menu, click Run, dalam kotak run tu, taip Outlook.exe /resetnavpane, dan sepatutnya outlook akan dapat dibuka tanpa masalah.

Khamis, 17 Disember 2009

Tak boleh access internet

Hari ni aku ada jumpa kes yang pening skit la kat Unit Komunikasi, aku dapat laporan pc dia tak leh nak internet, so aku g la...sampai ja dia ckp pc dia dah dekat 4 org buat tp takleh settle gak...dekat seminggu da dia tak dapat internet...
Aku agak pc dia tak dapat network, tp bila aku check pc dia..network ok..ip dapat, ping gateway lepas....ping ke luar pon lepas...tp bila aku bukak browser tak dapat..page cannot be display.

Kalau masalah mcm ni jadi biasanya problemnya:
i) Proxy setting browser
ii) browser tu sendiri yang problem
iii) ada program lain yang diinstall yang kacau browser (Toolbar)

Setelah hampir 15 minit aku godek...aku jumpa la puncanya.....
puncanya datang dari user tu sendiri, sebab user tu install satu program yang buatkan network pc tu jadi gila...program tu namanya Hotspot Shield, tujuannya untuk membolehkan user tersebut masuk ke laman web yang telah di blok, contoh laman web yang di blok di kementerian aku ni Facebook...........sebab tujuannya nak access laman web yang tak dibenarkan, abis semua laman web dia tak leh masuk gara2 install program tu.

Jadinya aku nak nasihatkan la pada user2 yang baca blog aku ni...kalau nak install satu2 program tu kene pastikan dulu betul program tu berfungsi, nak install tu boleh, cuba dulu install pada pc sendiri dulu sebelum install pada pc ofic...kalau ikut mmng tak leh nak install terus apa2 program yang bukan datang dari bhgn IT...tp kalau nak install tu tak kisah, itu atas tanggungjawab masing2 la....pc tu dah diletakkan atas nama user tu, jd dia yang akan bertanggungjawab keatas pc tu...

Khamis, 10 Disember 2009

Panduan Penjagaan dan Penggunaan Komputer Peribadi, Komputer Riba dan Pencetak

Nak kongsikan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Penguam Negara (AGC) mengenai Panduan Penjagaan dan Penggunaan Komputer Peribadi, Komputer Riba dan Pencetak. Dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh AGC ni, terdapat gambarajah sekali, jadi mudah nak paham...
Untuk melihat pekeliling tersebut sila click pada URL dibawah...

http://www.agc.gov.my/agc/pdf/pekeliling/pelbagai/PANDUAN%20PENJAGAAN%20PC.pdf

pengguna perlu ada aplikasi Adode Reader atau apa juga aplikasi yang boleh membuka file .PDF.

Rabu, 9 Disember 2009

Macam mana nak maintain pc??

Maintain pc? mcm mane nak jaga performance pc...selalunya pc ni kalau dah lama digunakan, lama kelamaan akan jadi slow...mcm yang aku postkan sebelum ini, Pc Slow??. Pc akan jd slow, antaranya sebab virus, salah installation, memory full, banyak sangat application running....memory RAM tak cukup, dan mcm2 lagi la...tp ada juga sebab2nya yang tak dapat nak dielakkan seperti update patch dan update pattern Anti Virus(AV)...

Untuk pc yang connected terus ke internet, biasanya mempunyai setting supaya OSnya menerima update patch dari Microsoft secara auto...so, bayangkanlah jika hari2 pc di install update...lame2 bertimbun la...sama la juga dengan anti virus...hari2 akan di install pattern baru...jadi kalau pc tu jadi slow tu perkara biasa...kecuali la pc tu dah mempunyai spesifikasi yang maksimum...sebagai contoh sekarang ni pc yang baru, main board nya dapat support memory RAM maksimum 4GB, jadi kalau pc yang ada 4GB RAM tu lambat la skit dia nak jd slow tu...tp akan sampai masa, satu tahap pc tu akan jadi slow jugak.....

So, mcm mana nak maintain pc supaya tahan lama la skit sebelum performance pc tu down?? salah satunya caranya, kena la slalu buat Housekeeping pc, antaranya kita buat Defragment Disk dan Disk Cleanup.

Defragmenting - Menyusun balik data2 yang ada dalam hard disk supaya teratur, tujuannya untuk menyenangkan sesuatu program mencapai data berkenaan. Step2 nak defragment disk:

Start -> All programs -> Accessories -> System Tools -> Disk Defragmenter


Disk Cleanup - Mengosongkan space dalam hard disk dengan mencari dan meng'analyze' data2 yang sudah tidak digunakan dan membuang (remove) dari hard disk. Step2 nak guna disk cleanup:

Start -> All programs -> Accessories -> System Tools -> Disk Cleanup


Selasa, 8 Disember 2009

Disable google translation page

Bagi yang menggunakan google toolbar pada browser internet, selalunya akan ada google translation page pluggin. Jadinya ada ramai la yang bertanya macam mana nak disablekan google translation ni, sebab kadang2 benda ni mengganggu bila kita view page yang dalam bahasa selain dari bahasa english. Page tu akan jadi kecik skit bila kuar bar untuk translate page tu kepada english....jadinya nak disablekan translation tu, perlu buat setting pada google toolbar browser tersebut.

Step2nya adalah mcm ni jer....:
  1. Buka internet browser (IE atau Mozzila)
  2. Pada sebelah atas, kat google toolbar tu, ada icon spanar(adjust tool), tekan kat spanar tu...
  3. Pada tetingkap Toolbar Option, pilih tab Tool, buangkan penanda pada kotak Translate

Sabtu, 5 Disember 2009

Setting email masuk secara auto dalam MS Outlook

Ni adalah cara setting MS Outlook supaya email akan masuk secara auto tanpa tekan butang send/recieve, kalau selalu tu kene tekan send/recieve dulu baru email masuk, tp kalau setkan dengan cara ini, emal akan masuk sendiri, janji MS Outlook sentiasa bukak (stanby)

ini adalah step2nya:

  1. Bukak MS Outlook
  2. Tekan Tools > Options
  3. Pilih tab Mail Setup > Send/Recieve
  4. Tandakan pada kotak Schedule an automatic send/recieve every dan masukkan masa yang dikehendaki