Khamis, 30 Disember 2010

Lupakan sebentar...mari raikan.....

Jum kita raikan.....

Kemenangan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia....atas kejayaan menjuarai Piala AFF Suzuki Cup 2010.......Off topic sat utk post kali ni....hehehe......

Tahniah pada semua yang menjayakannya!!!!!!!!

Rabu, 22 Disember 2010

kenape ek?

Kenape ESPKB pakai port 5003 ek?? kenapa kene set kat proxy browser tu? kalau tak set tak bleh ke?? sila jawab Akmal!

Ahad, 19 Disember 2010

password??

Password tu penting.....so sentiasa ingat pepatah omputih ni......

"Ur password is like ur underwear; U change it regularly, u never show it to people, and u don't share it!..."

hehe....

Khamis, 16 Disember 2010

explorer.exe lagi...

problem same lagi datang kat aku...

explorer.exe tak auto start masa boot pc, masalah ni dah ada pada post aku yang lepas.

Masalah : desktop tak keluar apa2, kosong. Service explorer.exe tidak start. kena manual start.

Penyelesaian : pc yang terkena masalah ni mmng dah kena virus, dah cleankan virus dulu, tp registry dah kopak. So ni masalah virus tu buat changes kat registry, kacau explorer.exe. Kredit aku bagi pada En Shahizal (technician teknikal) sebab dia yang ajor aku cara ni.

i) bukak regisry
- start > run > regedit

ii) cari explorer.exe
- HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon,

iii) rename data utk shell kepada explorer.exe kerana biasanya virus akan mengubah data ini.

Ahad, 5 Disember 2010

Kejap ada...kejap takdak...

ni apehal lak kejap ada kejap takdak ni?? mcm biskut la plak.....


ni masalah network, kejap connect, pastu disconnect, pastu connect balik, pastu disconnect balik....mcm tu la....mmng tak dapat internet la.

Untuk peringatan aku ye, network kat situ guna Gigabit Ethernet, bermakna kelajuan dalam LAN adalah 1 Gbps. Jadinya masalah ni berlaku kalau ada infra yang tak dapat nak support kelajuan Gigabit. Selalunya ada 2 keadaan yang selalu mengakibatkan masalah ni jadi....

i) Cable network yang digunakan tidak dapat menampung kelajuan Gigabit. Cable requirement untuk Gigabit environment adalah RJ45 UTP CAT5e Cable dan keatas. Untuk mendapat kesan yang paling baik, disarankan menggunakan UTP CAT6 Cable. Jika masih terdapat user yang menggunakan CAT5 Cable, masalah sedemikian akan berlaku. Tetapi tak semua akan jadi masalah sebegini. Beza antara UTP Cable CAT 5/CAT5e/CAT6 akan diterangkan pada post yang akan datang -(kalau ada...ada la....)

ii) Network Card (NIC) yang tidak support 100/1000Mbps. Masalah ini pulak akan mengakibatkan simptom2 seperti di atas berlaku, ada juga yang tak dapat terus (disconnected).

Jadinya, kalau ada masalah yang simptom2 seperti di atas tu, blehla checkkan 2 benda ni.....


erk...formal plak ayat aku guna kali ni...hehehe