Rabu, 15 Julai 2015

Malam Ramadhan....

Setelah 4 tahun....

Giler lame tak hapdet...takpa...ni tah mcm mane leh tergerak hati nak bukak blog yg dah bersarang ni... planning nak update lagi ni...tp buat masa sekarang masih blurr...kne tunggu sampai dah normal, banyak yang nak buat ni...dah hampir 4 tahun tak bukak blog ni, kalau nak cerita pasai problem 4 tahun...masak wooo.... ni nnt nak try update sikit2 pasai keje yang perlu disettlekan ni...harap boleh commit.

Isnin, 6 Februari 2012

Unifi....Selamat Menyambut Maulidur Rasul.....

Salam....

dah lama kot tak updet...malas punya pasai, ni sebab rase kene postkan jugak masalah yang baru je disettekan ni sebab rasenye mcm masalah ni akan kembali (kat aku) lagi nanti, kot2 nanti ada jadi lagi leh la rujuk balik.....masalah ni kepada pengguna unifi...

MASALAH : tak leh nak detect wireless unifi yg dipasang kat laptop suami sepupu sedangkan wireless jiran2 sebelah ada plak.....laptop lain n handpon leh detect plak wireless unifi tu...nampak beno ade mende tak kenenye.....

TROUBLESHOOT : mulanya ingtkan seting default ssid dalam laptop, clearkan semua wireless yg dah register, check wireless services, restart laptop, stop antivirus services...TAK BERJAYA......

PENYELESAIAN : last solution, google prob n jumpa caranya....rupanya punca masalah ni pada default setting wireless channel pada wireless router TM tu...so kene tukarkan setting auto kepada channel 11. Caranye mcm ni....:

1) gunakan laptop yang lain yang boleh akses kepada router wireless tu, kalau takdak laptop lain connect laptop direct terus ke router wireless tu dengan LAN cable.
2) bukak page router tu dengan menggunakan IPnya pada internet browser (ie, mozlia), default IP - 192.168.0.1. Login menggunakan id 'admin' dan passwordnya biarkan kosong.
3) pada menu tab kiri, pilih 'Wireless Setup' > 'Manual Wireless Connection Option' > 'Manual Wireless Connection Setup' > 'Wireless Network Global Settings'
4) padamkan tanda pada 'Enable Auto Channel' dan ubah 'Wireless Channels' kepada '11' dan save setting.
5) restart laptop dan cuba cari sekali lagi wireless tersebut.....InsyaALLAH mesti jumpa punya..... masa tukar auto channel tu set pada channel 6 sedangkan laptop tu set pada channel 11....

so kalo jd mcm ni, bukan salah laptop, salah setting router wireless je lari sket...

sumber : http://forum.lowyat.net/topic/1714526/all

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan 2011

Selamat berpuasa dan selamat menggandakan amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini....

Isnin, 4 April 2011

Off sat...

erk...saje nak bgtau...aku outstation...hehehe....so sajer2 post...

Ahad, 3 April 2011

dah delete....

Bertemu lagi dalam bolg aku.....Sekarang kita berada dalam segmenttttttt... ATAJ!....(Aku Tanya..Aku Jawap!)

aku tanya...file dah delete....so boleh dak dapat balik dak file tu?

aku jawab boleh...apa-apa file yang dah di delete boleh di dapatkan kembali. Delete ni bukan kate delete, then masuk ke recycle bin ambik balik file tu dalam recycle bin tu...ni delete dan dah empty recycle bin! dan jgn ingat kalau nak hilang or delete permenent file tu, format ja disk tu...kalau format pon, tetap boleh didapatkan kembali file yang telah di delete tu!

ni diaaaaaa.......
ni la dia mende yang mencarik balik file2 yang dah di delete tu.....ni la software yang aku guna untuk dapatkan file yang telah didelete, untuk tujuan recovery data. Software ni akan scan whole partition dan setiap sector dalam harddisk, yang mana kalau file yang berada dalam sector yang masih belum di'overwrite', file tersebut akan di listkan dalam senarai file yang dijumpai. Maksudnya, bila kita delete sesuatu file atau data, data tersebut masih berada di sectornya dalam harddisk, cuma tidak di'lihatkan' oleh OS (Windows). Secara fizikalnya data tersebut masih berada disitu. 

Aku tanya lagi....Macam mana pulak data boleh overwrite dalam sector harddisk?

Aku jawap...alamak...yang ni aku tak reti nak cerita, cuma yang aku tau, salah satu aktiviti yang boleh menyebabkan file dioverwrite dalam harddisk dan menyebabkan file yang telah didelete tidak dapat dijumpai adalah aktiviti defragment disk. Defragment adalah aktiviti penyusunan semula data-data yang telah diakses dan berselerak dalam sector harddisk, dan dengan penyusunan tersebut menyebabkan file yang disusun akan overwrite data yang telah didelete yang masih berada dalam sector tersebut....paham?? tak paham?? aku baca pon tak paham.....

p/s : software ni digunakan untuk tujuan recovery data.....



Khamis, 31 Mac 2011

Password Policy

Perhatian...

Password boleh menjadi masalah yang agak kritikal, so aku nak bagi sedikit tips dalam menangani masalah password...

Biasanya dalam sesebuah organisasi atau syarikat, selalu dilaksanakan polisi keselamatan ICT, dan salah satunya adalah Polisi Password...so apa dia polisi password ni? aku lebih senang panggil password policy...

Password policy ni dilaksanakan untuk menguatkan lagi security dan tahap penggunaan password pada setiap peralatan dan perisian yang kita gunakan. Ia bagi mengelakkan dari penggunaan password yang lemah yang memudah untuk penggodam (hacker) membolosi perkakasan atau perisian kita. Sebagai contoh yang paling mudah adalah komputer kita sendiri. Password yang lemah akan menyebabkan org lain mudah untuk membuka dan mengakses maklumat dalam pc tersebut. Begitu juga dengan perisian atau program. Email kita adalah contoh perisian yang sangat penting dalam komunikasi pada masa ini dan adakalanya mengandungi maklumat sulit. Penggunaan password yang lemah untuk email account kita akan menyebabkan masalah Spamming, phishing link dan sebagainya.

Apa yang boleh kita lakukan dengan password yang lemah? kita perlu menjadikan password tersebut kukuh (Storng). Password yang kuat mempunyai gabungan abjab, huruf dan simbol dan ia melebihi 7 charecter. Jangka hayat password yang baik adalah 3 bulan, setiap 3 bulan password perlu ditukar. Masalahnya bila dah slalu tukar password, mulalah kita susah nak ingat password sendiri. So apa yang biasa dibuat oleh user, tulis password dan lekat kat depan monitor...supaya senang ingat. Kalau mcm tu ape guna ada password yang kukuh? baik tak payah ada password......so sedikit tips yang boleh dikongsikan, bila tukar password tu, gunakan sesuatu yang senang kita ingat. Contohnya gabungan nama taman tempat tinggal dan no rumah, tambah 1 simbol (!,@,#,$,%,^,&,*,(,),)....ingat rumah...ingat password....lagi satu, bila kita dah sampai masa untuk tukar password, cara paling senang kita cuma ubah satu simbol sahaja.....so kita boleh ingat dengan senang password baru...contohnya password kita sebelum ini adalah c517primari@, kita tukar jadi c517primar!a...so dengan cara mcm ni la aku slalu ingat password pc aku.....

p/s: kalau password sendiri pon boleh lupa....susah ler.....asyik2 call IT suh reset password....hehehe...

Rabu, 30 Mac 2011

ke-2

Post ke-2 taun ni.....

Lame aku tak post dah...bukan sebab tak dak problem or aku tak keje...tapi sebab aku maleh nak update...takpa...ni post ke-2, akan ada post ke-3,4,5 dan seterusnya....problem belambak!

Kali ni aku nak kongsi problem yang aku buat bersama dengan En Akmal, JTK Bhgn KA...

Masalah : Email hang, guna MS Outlook to Zimbra Connector, so pakai setting yang berbeza dengan setting Outlook yg biasa, conceptnya Outlook akan Sync dgn Zimbra account directly menggunakan Outlook connector, masalahnya bila bukak ja Outlook, terus hang...

Troubleshoot : En Akmal telah uninstall program MS Office dan reinstall balik, tp masih jugak jadi perkara yang sama...so aku suspect datafile Outlook yang Zimbra create dalam folder Outlook tu yang corrupt...

Penyelesaian : Uninstall dan reinstall balik program tersebut (MS Office) tapi sebelum reinstall tu delete semua datafile atau pindahkan datafile yang ada dalam folder Outlook ke tempat lain sebagai backup, dan reinstall kembali MS Office, tujuan supaya dengan fresh Insatallation ni, Outlook akan create datafile yang baru. Setelah reinstall baru setting kembali MS Outlook Connector to Zimbra....

so kalau ada masalah, sebelum reinstall program pastikan program yang di install tu tidak akan menggunakan config file yang lama......

owh...kerja.....kerja kerja........