Ahad, 5 Disember 2010

Kejap ada...kejap takdak...

ni apehal lak kejap ada kejap takdak ni?? mcm biskut la plak.....


ni masalah network, kejap connect, pastu disconnect, pastu connect balik, pastu disconnect balik....mcm tu la....mmng tak dapat internet la.

Untuk peringatan aku ye, network kat situ guna Gigabit Ethernet, bermakna kelajuan dalam LAN adalah 1 Gbps. Jadinya masalah ni berlaku kalau ada infra yang tak dapat nak support kelajuan Gigabit. Selalunya ada 2 keadaan yang selalu mengakibatkan masalah ni jadi....

i) Cable network yang digunakan tidak dapat menampung kelajuan Gigabit. Cable requirement untuk Gigabit environment adalah RJ45 UTP CAT5e Cable dan keatas. Untuk mendapat kesan yang paling baik, disarankan menggunakan UTP CAT6 Cable. Jika masih terdapat user yang menggunakan CAT5 Cable, masalah sedemikian akan berlaku. Tetapi tak semua akan jadi masalah sebegini. Beza antara UTP Cable CAT 5/CAT5e/CAT6 akan diterangkan pada post yang akan datang -(kalau ada...ada la....)

ii) Network Card (NIC) yang tidak support 100/1000Mbps. Masalah ini pulak akan mengakibatkan simptom2 seperti di atas berlaku, ada juga yang tak dapat terus (disconnected).

Jadinya, kalau ada masalah yang simptom2 seperti di atas tu, blehla checkkan 2 benda ni.....


erk...formal plak ayat aku guna kali ni...hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan