Khamis, 31 Mac 2011

Password Policy

Perhatian...

Password boleh menjadi masalah yang agak kritikal, so aku nak bagi sedikit tips dalam menangani masalah password...

Biasanya dalam sesebuah organisasi atau syarikat, selalu dilaksanakan polisi keselamatan ICT, dan salah satunya adalah Polisi Password...so apa dia polisi password ni? aku lebih senang panggil password policy...

Password policy ni dilaksanakan untuk menguatkan lagi security dan tahap penggunaan password pada setiap peralatan dan perisian yang kita gunakan. Ia bagi mengelakkan dari penggunaan password yang lemah yang memudah untuk penggodam (hacker) membolosi perkakasan atau perisian kita. Sebagai contoh yang paling mudah adalah komputer kita sendiri. Password yang lemah akan menyebabkan org lain mudah untuk membuka dan mengakses maklumat dalam pc tersebut. Begitu juga dengan perisian atau program. Email kita adalah contoh perisian yang sangat penting dalam komunikasi pada masa ini dan adakalanya mengandungi maklumat sulit. Penggunaan password yang lemah untuk email account kita akan menyebabkan masalah Spamming, phishing link dan sebagainya.

Apa yang boleh kita lakukan dengan password yang lemah? kita perlu menjadikan password tersebut kukuh (Storng). Password yang kuat mempunyai gabungan abjab, huruf dan simbol dan ia melebihi 7 charecter. Jangka hayat password yang baik adalah 3 bulan, setiap 3 bulan password perlu ditukar. Masalahnya bila dah slalu tukar password, mulalah kita susah nak ingat password sendiri. So apa yang biasa dibuat oleh user, tulis password dan lekat kat depan monitor...supaya senang ingat. Kalau mcm tu ape guna ada password yang kukuh? baik tak payah ada password......so sedikit tips yang boleh dikongsikan, bila tukar password tu, gunakan sesuatu yang senang kita ingat. Contohnya gabungan nama taman tempat tinggal dan no rumah, tambah 1 simbol (!,@,#,$,%,^,&,*,(,),)....ingat rumah...ingat password....lagi satu, bila kita dah sampai masa untuk tukar password, cara paling senang kita cuma ubah satu simbol sahaja.....so kita boleh ingat dengan senang password baru...contohnya password kita sebelum ini adalah c517primari@, kita tukar jadi c517primar!a...so dengan cara mcm ni la aku slalu ingat password pc aku.....

p/s: kalau password sendiri pon boleh lupa....susah ler.....asyik2 call IT suh reset password....hehehe...

2 ulasan:

  1. hehe....storng eh?? salah type tu..strong...
    ala...leceh la asyik nak tukar password..last2 sendri xingat ;-(

    BalasPadam
  2. tu la sebab kalau nak tukar, pastikan kita ingat! hehehe

    BalasPadam