Khamis, 17 Disember 2009

Tak boleh access internet

Hari ni aku ada jumpa kes yang pening skit la kat Unit Komunikasi, aku dapat laporan pc dia tak leh nak internet, so aku g la...sampai ja dia ckp pc dia dah dekat 4 org buat tp takleh settle gak...dekat seminggu da dia tak dapat internet...
Aku agak pc dia tak dapat network, tp bila aku check pc dia..network ok..ip dapat, ping gateway lepas....ping ke luar pon lepas...tp bila aku bukak browser tak dapat..page cannot be display.

Kalau masalah mcm ni jadi biasanya problemnya:
i) Proxy setting browser
ii) browser tu sendiri yang problem
iii) ada program lain yang diinstall yang kacau browser (Toolbar)

Setelah hampir 15 minit aku godek...aku jumpa la puncanya.....
puncanya datang dari user tu sendiri, sebab user tu install satu program yang buatkan network pc tu jadi gila...program tu namanya Hotspot Shield, tujuannya untuk membolehkan user tersebut masuk ke laman web yang telah di blok, contoh laman web yang di blok di kementerian aku ni Facebook...........sebab tujuannya nak access laman web yang tak dibenarkan, abis semua laman web dia tak leh masuk gara2 install program tu.

Jadinya aku nak nasihatkan la pada user2 yang baca blog aku ni...kalau nak install satu2 program tu kene pastikan dulu betul program tu berfungsi, nak install tu boleh, cuba dulu install pada pc sendiri dulu sebelum install pada pc ofic...kalau ikut mmng tak leh nak install terus apa2 program yang bukan datang dari bhgn IT...tp kalau nak install tu tak kisah, itu atas tanggungjawab masing2 la....pc tu dah diletakkan atas nama user tu, jd dia yang akan bertanggungjawab keatas pc tu...

Khamis, 10 Disember 2009

Panduan Penjagaan dan Penggunaan Komputer Peribadi, Komputer Riba dan Pencetak

Nak kongsikan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Penguam Negara (AGC) mengenai Panduan Penjagaan dan Penggunaan Komputer Peribadi, Komputer Riba dan Pencetak. Dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh AGC ni, terdapat gambarajah sekali, jadi mudah nak paham...
Untuk melihat pekeliling tersebut sila click pada URL dibawah...

http://www.agc.gov.my/agc/pdf/pekeliling/pelbagai/PANDUAN%20PENJAGAAN%20PC.pdf

pengguna perlu ada aplikasi Adode Reader atau apa juga aplikasi yang boleh membuka file .PDF.

Rabu, 9 Disember 2009

Macam mana nak maintain pc??

Maintain pc? mcm mane nak jaga performance pc...selalunya pc ni kalau dah lama digunakan, lama kelamaan akan jadi slow...mcm yang aku postkan sebelum ini, Pc Slow??. Pc akan jd slow, antaranya sebab virus, salah installation, memory full, banyak sangat application running....memory RAM tak cukup, dan mcm2 lagi la...tp ada juga sebab2nya yang tak dapat nak dielakkan seperti update patch dan update pattern Anti Virus(AV)...

Untuk pc yang connected terus ke internet, biasanya mempunyai setting supaya OSnya menerima update patch dari Microsoft secara auto...so, bayangkanlah jika hari2 pc di install update...lame2 bertimbun la...sama la juga dengan anti virus...hari2 akan di install pattern baru...jadi kalau pc tu jadi slow tu perkara biasa...kecuali la pc tu dah mempunyai spesifikasi yang maksimum...sebagai contoh sekarang ni pc yang baru, main board nya dapat support memory RAM maksimum 4GB, jadi kalau pc yang ada 4GB RAM tu lambat la skit dia nak jd slow tu...tp akan sampai masa, satu tahap pc tu akan jadi slow jugak.....

So, mcm mana nak maintain pc supaya tahan lama la skit sebelum performance pc tu down?? salah satunya caranya, kena la slalu buat Housekeeping pc, antaranya kita buat Defragment Disk dan Disk Cleanup.

Defragmenting - Menyusun balik data2 yang ada dalam hard disk supaya teratur, tujuannya untuk menyenangkan sesuatu program mencapai data berkenaan. Step2 nak defragment disk:

Start -> All programs -> Accessories -> System Tools -> Disk Defragmenter


Disk Cleanup - Mengosongkan space dalam hard disk dengan mencari dan meng'analyze' data2 yang sudah tidak digunakan dan membuang (remove) dari hard disk. Step2 nak guna disk cleanup:

Start -> All programs -> Accessories -> System Tools -> Disk Cleanup


Selasa, 8 Disember 2009

Disable google translation page

Bagi yang menggunakan google toolbar pada browser internet, selalunya akan ada google translation page pluggin. Jadinya ada ramai la yang bertanya macam mana nak disablekan google translation ni, sebab kadang2 benda ni mengganggu bila kita view page yang dalam bahasa selain dari bahasa english. Page tu akan jadi kecik skit bila kuar bar untuk translate page tu kepada english....jadinya nak disablekan translation tu, perlu buat setting pada google toolbar browser tersebut.

Step2nya adalah mcm ni jer....:
  1. Buka internet browser (IE atau Mozzila)
  2. Pada sebelah atas, kat google toolbar tu, ada icon spanar(adjust tool), tekan kat spanar tu...
  3. Pada tetingkap Toolbar Option, pilih tab Tool, buangkan penanda pada kotak Translate

Sabtu, 5 Disember 2009

Setting email masuk secara auto dalam MS Outlook

Ni adalah cara setting MS Outlook supaya email akan masuk secara auto tanpa tekan butang send/recieve, kalau selalu tu kene tekan send/recieve dulu baru email masuk, tp kalau setkan dengan cara ini, emal akan masuk sendiri, janji MS Outlook sentiasa bukak (stanby)

ini adalah step2nya:

  1. Bukak MS Outlook
  2. Tekan Tools > Options
  3. Pilih tab Mail Setup > Send/Recieve
  4. Tandakan pada kotak Schedule an automatic send/recieve every dan masukkan masa yang dikehendaki

Rabu, 2 Disember 2009

PC Slow??

PC slow? nak bukak program bese pon lembab? bukak office punya la lama.... kenapa leh jadi masalah mcm ni??

kekadang tu leh g bancuh kopi dulu, sementara nak tunggu pc load program...punya la lama, jadi kalau pc tetiba ja menjadi slow, tak macam biasa...ada beberapa benda yang boleh dilakukan untuk bagi laju skit pc tu....

1. Cuba buang(uninstall) perkakasan atau perisian yang baru diinstallkan seperti printer, aplikasi/program, atau update yang baru. Kekadang kalau kita install tak betul akan memberi sedikit effect pd pc, dan cuba pastikan requirement perkakasan atau persian itu sebelum install...takut2 pc tak menepati spek yang diperlukan untuk perkakasan atau perisan tersebut

2. Restart pc juga kekadang leh membantu, tambah2 pada sape yang suka sangat biar pc dia on 24 jam...tak tutup-tutup...sebabnya bila pc tidak ditutup, temporary file akan bertambah dan akan memakan ruangan memori dalam hard disk....jadinya kalau restart pc tu dapat la clearkan temporary file yang bebanyak tu.

3. Remove program yang mana rasa dah tak sesuai, atau tidak digunakan, kadang2 program yang lama2 tu pon leh bg slow gak...sebab ada antaranya bukan saje makan memory disk, tp gak makan memory ram...sebagai contoh yang sentiasa on kat system tray tuh...antaranya software handset yang kita install...(PC Suite), kalau dah tak pakai bek uninstall....

4. Buat virus scan , sekarang ni kalau ada user yang call aku, pastu mengadu pc dia slow...pertama skali aku akan syak pc dia banyak VIRUS! hehe.. pastikan pc ada anti virus yang updated, kalau rase2 dah slow tu, running la full scan terus, kalau boleh buat scanning kat Save Mode.

5. Housekeeping, maksud aku kalau dah slow tu, tengok la balik bape space hard disk yang tinggal, kalau dah nak penuh tu, buatlah house keeping...delete la fail2 lama2 yang dah taknak guna...kalau rase nak pakai lagi, beli la HD External, simpan dalam external ja...kosongkan sedikit ruang hard disk...pastu slalu la buat disk defragment, disk cleanup....

6. Masuk dalam Safe Mode, kalau dalam safe mode performance ok, laju, maksudnya ada problem la kat aplikasi or kat driver...so try la buang aplikasi atau driver yang baru install sebelum pc jd slow...

7. kalau pc tu dah slow giler2 tahap kaw2 nyer...takleh buat ape laaa...hehhe, format la jawabnyer...pada user KDN..kalau dah jd slow giler2 tu paham2 je la apa yang akan technician akan buat....so baik backup la dahulu fail2 yang penting2...hehehe......


sekian.

Setup Microsoft Outlook

Microsoft Outlook ni adalah client untuk kita manage email kita di pc kita....maksudnya kita tak gunakan webmail terus la...pakai jer Outlook, tp untuk email yang support IMAP ngan POP3 jer..mcm GMail boleh la...Ape IMAP tu? ape POP3 tu??

IMAP (Internet Message Access Protocol) dan POP3 (Post Office Protocol) adalah Internet Standard Protocol yang digunakan oleh client (MS Outlook) untuk mengambil/terima email dari server.

Selalunya kalau pakai POP3 ni pada MS Outlook, leh tarik(transfer) semua email yang ada dalam server masuk ke dalam MS Outlook di dalam pc. Tujuannya nak kurangkan load ke server dengan menyimpan email tu terus ke dalam pc. Kira server tak la jadi berat dan penuh...cumanya kalau pakai MS Outlook ni email2 yang telah ditarik masuk ke dalamnya hanya dapat dibaca guna MS Outlook di pc tu sahaja la....kalau bukak tempat lain dah takda la email tu sebab dah masuk dalam MS Outlook pc yg dah setkan POP3 tu....

kalau gunakan IMAP pulak, leh bukak email menggunakan MS Outlook tanpa email itu ditarik (transfer) ke dalam pc, tetapi email2 tersebut hanya boleh dibaca dan reply/forward. Email2 tersebut tidak boleh delete sebab email tu ada dalam server......tatau la kot leh delete cara lain..dan kalau bukak email di tempat lain pon, emal2 tu masih dapat diakses...

Untuk setting MS Outlook ni, perlu tahu maklumat server email yang digunakan untuk Incoming mail server(POP3) dan Outgoing mail server(SMTP) untuk diisi ketika setting MS Outlook nnt. Contoh untuk google mail, Incomming mail servernya - pop3.gmail.com dan outgoing mail servernya - smtp.gmail.com. Jika tatahu apa incomming dan outgoing utk email kementerian, boleh call admin or call je technician tanya terus....

Ini adalah cara-cara untuk men'setup' MS Outlook 2003....
  1. Start > Control Panel > Mail
  2. Pada window Mail Setup - Outlook, pilih E-Mail Accounts
  3. Pada window E-Mail Accounts, pilih dengan tandakan pada Add a new e-mail account dan tekan Next
  4. Pilih POP3 atau IMAP dan tekan Next
  5. Masukan maklumat yang diperlukan dikotak yang disediakan.
  6. Tekan Next, kemudan bolehla buka MS Outlook, tekan send/recieve
  7. Jika tiada masalah, email akan masuk kedalam inbox.

Membuang WGA yang selalu keluar masa start PC


WGA - Windows Genuine Activation

Apabila kita start pc, selalu kita dapat pop-up WGA ni....WGA ni adalah satu program yang telah disetkan oleh Microsoft pada setiap pc yang menggunakan OS Windows....tujuan program tersebut adalah untuk memastikan (mengaudit la lebey kurang) sama ada OS yang kita gunakan yang di install dalam pc itu adalah asli (genuine). Program ini juga bukan sahaja membuat checking ke atas OS sahaja, malahan juga pada semua produk Microsoft yang ada di install di dalam pc tersebut termasuklah microsoft office yang kita gunakan....maka awaslah pada sesiapa yang pakai office pirate ni...hehe.

Jadinya masalah pop-up WGA ni kadang-kadang menyusahkan sebab pop-up ni akan kuar setiap kali kita start pc...jd lambat la nak on...so ni cara2 nak buang pop-up tersebut....

  1. Pergi ke - Start > All Programs > Accessories > System Tools > Scheduled Tasks
  2. Pada window Sheduled Tasks, right click pada file WGASetup > Properties
  3. Copy location file tersebut (c:\WINDOWS\systems32\KB905474)
  4. Buka My Computers, paste kan location file tersebut pada kotak Address dan tekan enter
  5. Pada window KB905474, delete ketiga-tiga file tersebut (wga_eula.txt, wganotifypakageinner.exe dan wgasetup.exe)
  6. Kembali pada window Sheduled Tasks, delete WGASetup
  7. Akhir skali, restart PC
bila dah restart, maka tiada lah lagi pop-up tu kuar.........

Sekian .

Hmmm....

Assalamualakum dan Selamat Sejahtera pada semua...blog ini aku buat adalah untuk menyimpan informasi-informasi teknikal yang telah aku buat selama aku jadi juruteknik ni...kira mcm kerja2 aku yang aku tau akan aku simpan disini...ini adalah bertujuan untuk aku nak merujuk kembali jika terdapat masalah2 yang telahpon aku selesaikan atau masalah yang pernah aku buat yang aku terpaksa buat balik...contoh masalah2 kecik yang selalu aku sendiri pon kekadang dah lupa aku dah pernah buat! Jadi bolg ini adalah untuk rujukan aku semata, tetapi aku tidak pula menghalang bagi sesiapa yang mahu membacanya, kerana jikalau dengan posting aku yang akan datang ni aku dapat menyelesaikan masalah korang...aku berbesar hati...tetapi aku harap jka step2 yang aku postingkan tu tak berjaya, bolehlah mendapatkan nasihat pakar....sebab aku pon bukan la pakar sangat pon...hehe...

Ada juga diantara posting aku ini akan aku tujukan khas buat kaktangan di KDN, iaitu masalah2 yang sering dihadapi di KDN, jika rasa nak menyelesaikan masalah sendiri, boleh la rujuk kat posting aku nnt...tp aku nasihatkan supaya jika anda menghadapi masalah dengan komputer eloklah menghubungi juruteknik dahulu atau boleh la menghubungi saya...

Jadi aku akan isikan juga maklumat2 yang terkini berkatan dunia IT ini jika aku rasa ia sesuai, sebagai contoh, kalau ada perkara2 baru yang aku rasa leh dikongskan...

jadi aku akan kongsikan seberapa banyak cara2 aku menyelesaikan masalah yang aku hadapi di tempat kerja aku disini...