Rabu, 2 Disember 2009

Setup Microsoft Outlook

Microsoft Outlook ni adalah client untuk kita manage email kita di pc kita....maksudnya kita tak gunakan webmail terus la...pakai jer Outlook, tp untuk email yang support IMAP ngan POP3 jer..mcm GMail boleh la...Ape IMAP tu? ape POP3 tu??

IMAP (Internet Message Access Protocol) dan POP3 (Post Office Protocol) adalah Internet Standard Protocol yang digunakan oleh client (MS Outlook) untuk mengambil/terima email dari server.

Selalunya kalau pakai POP3 ni pada MS Outlook, leh tarik(transfer) semua email yang ada dalam server masuk ke dalam MS Outlook di dalam pc. Tujuannya nak kurangkan load ke server dengan menyimpan email tu terus ke dalam pc. Kira server tak la jadi berat dan penuh...cumanya kalau pakai MS Outlook ni email2 yang telah ditarik masuk ke dalamnya hanya dapat dibaca guna MS Outlook di pc tu sahaja la....kalau bukak tempat lain dah takda la email tu sebab dah masuk dalam MS Outlook pc yg dah setkan POP3 tu....

kalau gunakan IMAP pulak, leh bukak email menggunakan MS Outlook tanpa email itu ditarik (transfer) ke dalam pc, tetapi email2 tersebut hanya boleh dibaca dan reply/forward. Email2 tersebut tidak boleh delete sebab email tu ada dalam server......tatau la kot leh delete cara lain..dan kalau bukak email di tempat lain pon, emal2 tu masih dapat diakses...

Untuk setting MS Outlook ni, perlu tahu maklumat server email yang digunakan untuk Incoming mail server(POP3) dan Outgoing mail server(SMTP) untuk diisi ketika setting MS Outlook nnt. Contoh untuk google mail, Incomming mail servernya - pop3.gmail.com dan outgoing mail servernya - smtp.gmail.com. Jika tatahu apa incomming dan outgoing utk email kementerian, boleh call admin or call je technician tanya terus....

Ini adalah cara-cara untuk men'setup' MS Outlook 2003....
  1. Start > Control Panel > Mail
  2. Pada window Mail Setup - Outlook, pilih E-Mail Accounts
  3. Pada window E-Mail Accounts, pilih dengan tandakan pada Add a new e-mail account dan tekan Next
  4. Pilih POP3 atau IMAP dan tekan Next
  5. Masukan maklumat yang diperlukan dikotak yang disediakan.
  6. Tekan Next, kemudan bolehla buka MS Outlook, tekan send/recieve
  7. Jika tiada masalah, email akan masuk kedalam inbox.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan