Khamis, 17 Disember 2009

Tak boleh access internet

Hari ni aku ada jumpa kes yang pening skit la kat Unit Komunikasi, aku dapat laporan pc dia tak leh nak internet, so aku g la...sampai ja dia ckp pc dia dah dekat 4 org buat tp takleh settle gak...dekat seminggu da dia tak dapat internet...
Aku agak pc dia tak dapat network, tp bila aku check pc dia..network ok..ip dapat, ping gateway lepas....ping ke luar pon lepas...tp bila aku bukak browser tak dapat..page cannot be display.

Kalau masalah mcm ni jadi biasanya problemnya:
i) Proxy setting browser
ii) browser tu sendiri yang problem
iii) ada program lain yang diinstall yang kacau browser (Toolbar)

Setelah hampir 15 minit aku godek...aku jumpa la puncanya.....
puncanya datang dari user tu sendiri, sebab user tu install satu program yang buatkan network pc tu jadi gila...program tu namanya Hotspot Shield, tujuannya untuk membolehkan user tersebut masuk ke laman web yang telah di blok, contoh laman web yang di blok di kementerian aku ni Facebook...........sebab tujuannya nak access laman web yang tak dibenarkan, abis semua laman web dia tak leh masuk gara2 install program tu.

Jadinya aku nak nasihatkan la pada user2 yang baca blog aku ni...kalau nak install satu2 program tu kene pastikan dulu betul program tu berfungsi, nak install tu boleh, cuba dulu install pada pc sendiri dulu sebelum install pada pc ofic...kalau ikut mmng tak leh nak install terus apa2 program yang bukan datang dari bhgn IT...tp kalau nak install tu tak kisah, itu atas tanggungjawab masing2 la....pc tu dah diletakkan atas nama user tu, jd dia yang akan bertanggungjawab keatas pc tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan